PRODUK DARUL DIGITAL

Sistem Paparan Informasi Pesakit (PIDS2012.2)
Sistem Paparan Informasi Pesakit (PIDS2012.2) merupakan sistem paparan digital yang memaparkan informasi mengenai status rawatan pesakit. Sistem ini sesuai digunakan terutamanya di dewan pembedahan, wad, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lain-lain unit di hospital.
Read more...KURSUS & SKM
BERITA TERKINI
Unit Latihan
Kursus Jangka Pendek
Pada 1-3 Oktober 2012, DDMS telah menjalankan Kursus Membangun Laman Web (Wordpress) kepada 20 orang staf Unit JKR Kesedar, Tanah Merah. Selain itu, taklimat & bengkel hands-on SKALA sehari pada 9 Oktober juga dijalankan kepada staf Unit JKR Kesedar yang menggunakan sistem tersebut.
Pada 10 & 11 Oktober 2012 pula Kursus Adobe Photoshop dijalankan secara perseorangan kepada seorang peserta.
Unit Latihan
Sijil Kemahiran Malaysia, Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (IT-020-2)
Pengambilan sesi pertama Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (IT-020-2) akan dibuat pada 15 Januari 2013, kursus tersebut akan dijalankan selama 6 bulan, permohonan kemasukan untuk kursus tersebut telah dibuka sehingga 31 Disember 2012.
Unit ICT
Unit ICT sedang menjalankan audit ICT kepada subsidiari PMBK bermula dari 5 November sehingga 30 November, 2012.Unit ICT
Pemasangan sistem Patient Information Display (PIDS2012.2) telah siap dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 1 Oktober 2012. Empat unit yang menggunakan sistem tersebut adalah di Dewan Bedah Fairuz, Dewan Bedah Zamrud, ICU/CICU Intan, serta Dewan Bersalin HRPZII.

Kursus Sempena Cuti Sekolah 2012
Darul Digital telah mengadakan kursus jangka pendek sempena cuti sekolah
Read more...

