KURSUS ASAS VIDEOGRAFI

  • PDF

video_fototeacher_new

 

 

PENGENALAN


Videografi adalah merupakan pengajian teknik penggambaran video. Para peserta berpeluang untuk mempelajari proses sebenar dalam menghasilkan video melalui konsep pembelajaran gabungan antara teori dan praktikal dengan menggunakan medium perisian dan alatan tertentu.

Peserta juga akan didedahkan dengan kerja‐kerja kursus secara berkumpulan untuk dipersembahkan di akhir jangkamasa kursus dan di sertai dengan perbincangan dan komen yang membina.

 

OBJEKTIF


Kursus ini untuk memberikan kefahaman teknikal yang kukuh kepada setiap peserta mengenai asas videografi digital agar video yang dirakam mencapai 'standard'' yang sewajarnya serta mendedahkan peserta dengan proses dan elemen teknikal dalam videografi bermula dengan proses pre‐produksi, produkksi dan post produksi secara teori dan praktikal.

 

BUTIRAN KURSUS


YURAN KURSUS
  • RM 250.00
JANGKAMASA
  • 3HARI
MASA
  • 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
JUMLAH PESERTA
  • EKSkLUSIF UNTUK 16 ORANG SAHAJA
BAHASA PERANTARAAN
  • BAHASA MELAYU
SYARAT PENYERTAAN
  • UNTUK PESERTA YANG BERMINAT DAN BELUM MEMPUNYAI ASAS VIDEOGRAFI SAHAJA.
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
  • SET KAMERA VIDEO DIGITAL (HANDYCAM) SENDIRI DAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP). PIHAK DARI DARUL DIGITAL AKAN MENYEDIAKAN 2SET KAMERA VIDEO BAGI TUJUAN MENGAJAR DAN BAGI TUJUAN PRAKTIKAL
SASARAN PESERTA
  • INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENJADI JURUKAMERA VIDEO UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS RASMI (EVENT VIDEOGRAPHY) DAN SEUMPAMANYA.

 

STRUKTUR KURSUS


Hasil Pembelajaran

Diakhir kursus ini peserta boleh merangka skrip (outline) asas dokumentari dan mengenali rangka skrip drama dan filem. Peserta juga dapat mengalami sendiri cara-cara rakaman (shooting) diambil dilokasi. Dan akhir sekali peserta dapat menyunting (editing) sendiri rakaman yang diambil mengikut skrip yang telah dibuat pada peringkat awal kursus.


  1. Pre Produksi
    • Asas penghasilan sinopsis dan 'storyline'
    • Memperkenalkan para peserta kepada asas-asas dalam menghasilkan sinopsis dan rangka cerita untuk perangcangan gerakerja awal yang sistematik.
    • Asas penghasilan skrip dan penambahan cinematography
    • Asas cinematography
    • Para peserta akan didedahkan dengan elemen-elemen dan teori teknikal yang melibatkan posisi, saiz 'hot', 'camera angle' dan 'camera work'.
    • Pengenalan teori dan asas filem

  2. Pengenalan kepada Asas "Shooting" dan "video Capturing".
      Para peserta akan didedahkan dengan teknik asas "shooting" dan "video capturing" secara amali dengan menggunakan pembelajaran daripada modul Pre Produksi pada hari pertama. Para peserta dikehendaki merakamkan slot video pendek untuk digunakan bagi modul hari ketiga (Post Produksi)

    • Post Produksi
      • Pengenalan kepada asas suntingan dan audio
      • Para peserta akan didedahkan dengan asas-asas suntingan dan audio. Para peserta akan menggunakan rakaman video dari modul hari kedua untuk diaplikasikan ke dalam modul ini. Para peserta juga akan mempersembahkan hasil kerja mereka untuk sesi komen dan perbincangan.
      • Kerja Kursus, pembentangan projek dan perbincangan

**Nota dan software (Installer akan disediakan) untuk kemudahan para peserta.

Last Updated on Sunday, 09 September 2012 12:21